Disebalik 2009

Berbagai perkara suka dan duka.. tangis dan ketawa.. yang pastinya 2009 akan melabuhkan tirainya pada jam 12.00 tengahmalam ini.
Paling istimewa pada tahun 2009 ini adalah pertukaran status dari ‘bujang’ kepada status ‘berkahwin’. Kehadiran isteri tercinta sememangnya memberikan sinar kebahagian kepada saya…
Tahniah buat Bolasepak Malaysia.. tahun 2009 menampakkan sedikit sinar kebangkitan dalam sukan no.1 dinegara kita ini.. Kejayaan merangkul pingat emas di sukan Sea membuktikan skuad bolasepak Malaysia tidaklah jauh ketinggalan.. Semestinya usaha untuk memartabatkan kembali skuad kita WAJIB diteruskan.

Tahniah juga buat sepupu saya Adi Aliffudin bin Husin kerana telah merangkul pingat perak di kejohanan Sukan Sea tempohari dalam sukan lontar peluru lelaki. Walaupun gagal mendapatkan pingat emas alhamdulillah beliau telah berjaya memecahkan rekod kebangsaan yang telah berusia hampir 15 tahun. Tahniah!!!

Tidak lupa juga ucapan tahniah buat sepupu saya Adnan Zikri bin Jaafar, Ahmad Aqil bin Mohamed Ali serta Adilla Azreena binti Husin kerana kejayaan dalam peperiksaan PMR 2009…
Semoga segala perkara dan peristiwa yang telah berlaku pada kita semua di tahun 2009 akan kita jadikan sebagai satu iktibar dan pedoman untuk menempuhi hari-hari yang mendatang…. Amin………

December 31st, 2009
daddyZilhan 
Posted in
Tags: 
