Archive for June, 2010

Sejarah Penciptaan Basikal

BASIKAL

Apa itu basikal? Basikal sebenarnya adalah sebuah kenderaan yang digerakkan menggunakan tenaga manusia iaitu dengan cara mengayuh pada pedal basikal tersebut. Kemudian basikal tersebut akan bergerak melalui dua rodanya yang melekat pada kerangka atau frame basikal tersebut.

Bila basikal dicipta?
Basikal pada awalnya telah dicipta di Eropah pada abad ke-19 iaitu orang yang dikatakan paling awal mencipta basikal ialah Von Drais pada tahun 1817 dan kemudian basikal tersebut di patentkan pada tahun 1818. Namun ada teori yang mengatakan bahawa basikal telah di reka bentuk pada seawal tahun 1493 lagi iaitu oleh Giacomo Caprotti. Teori ini telah dibuktikan dengan terjumpanya gambar atau lakaran basikal yang dibuat oleh Giacomo Caprotti. Tak kira siapa yang paling awal mencipta basikal, ia telah menjadi sebuah kenderaan yang sangat popular di mana-mana negara pun.

“Timeline” Basikal
1817: Pada tahun ini Baron von Drais iaitu seorang rakyat Jerman telah mencipta basikal yang dinamakan Draisienne. Basikal ini diperbuat daripada kayu. Ianya mempunyai tempat duduk dan handle tetapi ia tidak mempunyai pedal(pengayuh). Pada masa itu, mereka menggerakkan basikal tersebut dengan cara mengayuh kaki ke lantai.

1839: Pada tahun ini, seorang tukang besi berbangsa Scottish yang bernama Kirkpatrick Macmillan telah mencipta basikal yang boleh bergerak sendiri. Sistem bagi basikal ini ialah ia menggunakan sebatang besi yang terletak pada tayar hadapan yang dihubungkan dengan tuil pada tayar belakang. Basikal ini seberat 56 pounds dan hanya pengguna yang gagah sahaja yang mampu menunggang basikal ini.
1863: Pierre Michaux of Paris telah mencipta basikal yang diberi nama Michaux Velocipede. Basikal ini mempunya pedal dan tuas yang terletak dihadapan roda basikal. Basikal ini telah menjadi kenderaan tunggangan yang paling banyak dikeluarkan pada masa itu. Basikal ini juga dinamakan sebagai “boneshaker” dan ianya popular sehingga ke tahun 1870.

(more…)

Related Posts with Thumbnails


Parse error: syntax error, unexpected ';', expecting T_STRING or T_VARIABLE or '$' in /home/zilhanco/public_html/wp-content/themes/DarkStyle/footer.php on line 3