![]()
HULU KLANG: Isteri kepada jaguh badminton negara, Roslin Hashim, mendakwa cerai berlaku selepas dia mendapati suaminya bersama Raja Azmi Raja Sulaiman di sebuah hotel di Ampang, di sini pada 7 Ogos lalu.
Norhayati Othman, berkata demikian ketika memberi keterangan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini hari ini.
Permohonan pengesahan lafaz cerai difailkan oleh Norhayati pada 16 Ogos lalu. Dalam prosiding bicara itu, Norhayati mendakwa pada 7 Ogos lalu di bilik 533 Hotel Corus, Jalan Ampang, Ruslin melafazkan talak berbunyi ‘I cerai you lah’. Turut berada di dalam bilik ialah dua adiknya, Ruslin, Raja Azmi dan suaminya Jailani Sidek.
Menurut Norhayati, berlaku perdebatan antara mereka di dalam bilik itu sehingga membawa kepada kejadian melafazkan talak pada jam 8.30 malam. Norhayati berkata, dia bersama dua adik, ibunya bertemu dengan Jailani di hotel itu. Sementara itu, Ruslin dalam keterangan mendakwa dia pergi ke hotel itu bersama Raja Azmi dan dengan pengetahuan Jailani sendiri. Bagaimana Roslin tidak menafikan bahwa pada hari yang sama sejak awal jam 3 petang dia bersama Raja Azmi makan durian dan menunggang kuda di Kemensah.
Roslin mendakwa dia menanggap Raja Azmi sebagai kakak dan ibu kerana hubungan rapat mereka yang terjalin sejak 12 tahun lalu begitu juga dengan Jailani. Mahkamah kemudian tetapkan 1 September ini uuntuk pihak Norhayati mengemukakan hujah lisan dan bertulis. Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Mohamad. Norhayati diwakili peguam Zulkarnain Lukman, manakala Roslin diwakili Roslizam Rahim.

August 19th, 2010
daddyZilhan
Posted in
Tags: 

senang2 roslin tue kawin je ngan raja azmi…hehhe…xthlah drg nie..
[Reply]
apa nak jadi?
.-= fadxieza´s last blog ..JJC – AISUMI STYLE =-.
[Reply]
ntah hape2..sikit2 cerai..ingat kawin cerai ni simple ke..siot punya laki!
.-= adlina´s last blog ..tips mudah hamil di bulan ramadhan =-.
[Reply]
[...] cerita ni.. menurut penulisan beliau yang pernah bekerja dengan Raja Azmi beberapa ketika dulu Raja Azmi ni memang hot la.. huhuhu… menurut penulisan beliau la… tapi andainya betul memang no [...]
petikan
“Roslin mendakwa dia menanggap Raja Azmi sebagai kakak dan ibu kerana hubungan rapat mereka yang terjalin sejak 12 tahun lalu begitu juga dengan Jailani.”
ulasan- masa kecil-kecil memanglah kakak, tapi kalau dah dewasa…lu pikir la sendiri.
cerita penafian mereka ini karut semata-mata dan untk menutup sesuatu
[Reply]