Adna Clarissa : part 1

-khayalan bisa menggambarkan segala-galanya.hanya usaha dan takdir yang mencoretkan lakaran kehidupan.-





Adna merenung bintang-bintang yang beribu atau mungkin berjuta yang bertaburan di dada langit.Bulan yang mengambang penuh itu seakan-akan menjadi ketua bagi segala penghuni di langit itu.Pantas dia menghabiskan soalan-soalan latihan matematiknya tatkala melihat langit yang redup tenang bertukar kelam.Bebola matanya dialih arah ke jarum jamnya yang sudah menginjak ke angka sepuluh.Aduh!Adna menepuk dahinya. Solat Isyak belum dilunaskannya,lantas dia mengemas segala peralatan belajarnya dan beristighfar mengenangkan ketelanjurannya membelah masa untuk belajar di halaman rumah.

Air wuduk yang disapu ke mukanya terasa sejuk dan nyaman. Sesudah itu,Adna membentangkan sejadah yang menjadi saksinya menunaikan rukun Islam di atas lantai biliknya.Sujud pertama membuatkan hati Adna tenang.Sujud kedua, mengingatkannya agar solat menepati waktu.Sujud ketiga,meminta dari-Nya agar dirahmati dan diberkati hidup.Sujud terakhir pula Adna menghelakan nafas lega kerana masih lagi bernafas di bumi Tuhan ini.

Jam 10.30 malam.Mata Adna masih lagi belum minta dipejamkan. Direnungnya ke siling yang kosong lalu matanya beralih pula kearah potret wajahnya yang berdiri di permaidani merah sambil menggenggam segulung ijazah bereben merah yang dilukis oleh arwah ayahnya.Air matanya bergenang apabila setiap kali memandang kearah potret itu namun pada kali ini,hanya perasaan hiba menggamit dirinya.Mungkin semangat dan kekuatan di dalam diri arwah mengalir ke dalam dirinya.Bukannya hiba kerana ayah telah meninggalkan ku, kerana setiap yang bernyawa itu pasti akan pergi jua,tidak juga hiba kerana tiada tempat bermanja…Namun aku hiba kerana mengenangkan arwah ibu dan bapaku pergi sebelum sempat melihat aku menggenggam segulung ijazah di hadapan mereka. Itu harapan mereka dan impian aku.Beberapa minit selepas itu,aku memejamkan mata secara zahir biarpun batinnya aku masih belum lagi mahu tidur.Hujan lebat pada lewat malam itu membuatkan tidurku sedikit terganggu.

Pada pagi yang hening itu,aku menghabiskan bacaan yasin ku.Buat arwah ibu dan bapa,aku hanya mampu memberikan mereka bait-bait potong surah Al-Fatihah,Yasin dan doa yang tidak putus-putus.Tiba-tiba sahaja pagi ini aku ingin ke kubur mereka. Mungkin juga rindu yang menggunung menarik ku ke sini. Dedaun kering yang menumpang di kubur ayahku,disapu lembut oleh ku.Di kubur ibu pula,aku mencabut beberapa helai dedaun rumput yang semakin galak tumbuh di situ.Aku berjalan perlahan meninggalkan tapak perkuburan itu sambil terfikirkan perilaku kakakku yang mungkin bimbang akan ketiadaanku di rumah. Di pertengahan jalan,aku terserempak dengan rakan sepermainanku dahulu,Iezaf.

‘’Baru balik dari kubur?’’sapanya.Aku hanya mengangguk perlahan.Lelaki yang berbadan tegap berumur 20 tahun ini masih lagi seperti dahulu,peramah.

‘’Bila balik kat sini?’’tanya Iezaf,namun Adna hanya membisu.Iezaf yang sudah melangkah ke salah sebuah universiti di tanah airnya, Singapura 3 tahun lalu pasti sudah mengetahui bahawa Adna sudahpun mendapat tawaran ke asrama penuh di ibu kota tahun lepas.Adna berharap agar Iezaf tidak lagi menaruh hati padanya seperti 2 tahun lepas.Itu hanya cerita lama,dan dia pasti Iezaf tidak akan mengungkitnya lagi…

Iezaf merenung gadis yang semakin meningkat remaja di hadapannya ini. Adrianna Clarissa binti Ahmad Dhany!Iezaf terasa seperti ingin menjerit kuat nama gadis ini. Kehadiran aku disini bagai daun-daun yang ditiup angin sahaja, sedangkan empunya nama Iezaf Ezfar inilah yang pernah menagih cintanya dahulu.Namun yang pasti,hati gadis kacukan dihadapannya ini masih lagi tidak berubah! Masih lagi tegar!Tidak sepadankah aku dengannya?

Adna rimas apabila direnung sebegitu tajam oleh Iezaf.Hayunan kakinya dilajukan. Bimbang dilihat orang kampung,nanti tidak manis pula.

‘’Petang nanti Iezaf datang rumah!’’jeritku apabila melihat Adna semakin laju melangkah.Dia tahu Adna asyik mengelakkan diri apabila berjumpa dengannya. Namun,dia tidak mengerti itu semua.Tanda apakah itu?Adakah Adna malu ataupun sudah tiada tempat diriku dihatinya?Gadis yatim piatu itu masih lagi dihatinya biarpun cintanya tidak dibalas.Iezaf yakin Adna juga mempunyai perasaan padanya dan Iezaf juga yakin takdir telah memisahkan mereka dahulu namun takdir juga pasti menemukan mereka semula suatu hari nanti!

Adna hanya memekakkan telinga apabila Iezaf berkata sebegitu.Sesungguhnya dia tidak mampu menghalang setiap keputusan lelaki itu.Tidak mengertikah dia?Atau saja-saja menyeksa perasaannya?

Daun pintu ditolak.Sinar matahari memenuhi separuh daripada ruang rumahnya yang diperbuat daripada batu.Salam diberi,namun tiada sesiapa yang menjawab. Pelik juga. Kemanalah Kak Long ni…Adna mencari kelibat kakaknya,Atrianna Clarissa di segenap ruang rumah.Kak Long baru sahaja pulang daripada London, semata-mata ingin menjaga rumah keluargaku di kampung ini.Dia sanggup tinggalkan kerjayanya di sana dan membuka sebuah klinik di sini,sungguh besar pengorbanannya.

Pintu bilik arwah ibu dan bapaku dikuak perlahan.Ah,kakak!Adna melihat kakaknya sedang mengemas bilik arwah. ‘’Adna!Kakak tak sedar Adna balik tadi.Ke kubur,ya?’’pertanyaan Atri dibiarkan lenyap.Perasaan hiba tiba-tiba bersarang di lubuk hati Adna.Lukisan-lukisan arwah ayahnya yang disandar pada dinding membuatkan Adna sedikit terkesima. Kebanyakan lukisan-lukisan itu dilukis berdasarkan impian Adna yang ingin menggenggam segulung ijazah dalam bidang kedoktoran nanti.Namun,yang paling ditangisi adalah impian arwah untuk melihat Adna membawa pulang sekeping kertas yang ditaip ‘10a1’.Arwah bagaimanapun hanya sempat melihat keputusan peperiksaan PMRnya yang berjaya mendapat 8a.Sehari selepas itu, arwah ibunya meninggal kerana sakit buah pinggang manakala arwah bapanya pula meninggal dunia beberapa minggu kemudian kerana penyakit kencing manisnya.Arwah ayahnya pernah membacakan kepada Adna sebuah maksud hadis,’’Sesungguhnya syurga itu diperoleh baunya daripada perjalanan lima ratus tahun. Dan baunya itu tidak akan diperoleh oleh orang yang menderhakai ibu bapa dan orang memutuskan silaturahim.’’

bersambung….

nukilan :: sara oma =)

Related Posts with Thumbnails

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge

Powered by WordPress