Avatar (2009)

Salam…..

Wahh… memang terbaek la filem ni…!!! filem yang cukup menghiburkan… filem yang memang buat duit la..
Mesej yang disampaikan juga cukup jelas.. Manusia sememangnya rakus untuk mencari kekayaan.. adalah lebih mulia kan sekiranya kita dapat mencari sumber pendapatan dan rezeki yang halal…


Filem Avatar arahan James Cameron.. satu filem yang telah menerima berbagai pencalonan dalam Golden Globe dan Broadcast Film Critics Association Awards. Dengan bajet antara USD280M-USD310M tidak mustahil filem ini berjaya menjadi salah satu filem yang menarik dan terbaik dlm dekad ini..

Avatar- dalam kamus dewan ber-arti sejenis ikon yang mewakili pengguna, dalam bentuk tiga dimensi seperti di dalam permainan komputer, ikon dua dimensi yang digunakan oleh pelayar dalam perbualan internet. Avatar juga menggambarkan personaliti pengguna internet.

Tersebutlah kesah dalam tahun 2154, Jake Sully sa-orang bekas askar marin yang lumpuh dr pinggang ke bawah telah terlibat dalam sa-buah Program dipanggil Avatar.

Dimana selaku penyelidik, Jake bertanggungjawab dalam hal penyelidikan di wilayah Pandora yang jauhnya 4 tahun cahaya dari Bumi untuk meneroka kononnya penempatan baru untuk umat manusia. Padahal dalam masa yang sama ‘malaun2′ dari amareka nih jugak dok teropong ‘unobtanium’, sejenis galian/sumber semulajadi yg Ringgit Malaysianya menjangkau 20 bilion sekati.

Pandora nih didiami makhluk kebiru-biruan tinggi mencecah atap rumbia rumah yaitu puak Na’vi. Geng amerika tadi ditugaskan untuk memujuk Puak biru2 tadi supaya berkompromi dengan depa dalam mengaut hasil galian tadi. ‘or else’, perang juga ada kasi kalo cara lembut tak jalan.

Jadi, si Jake yang beria2 benar nak ber’misi’ walau ber’wheel chair’, secara sukarela menawar diri untuk ‘transform’ diri dia jadi ‘avatar’, sama sebijik macam puak Na’vi td.  Namun yang demikian, setelah diberi tempoh 3 bulan untuk mengkaji, menelaah serta memujuk kehidupan makhluk biru tadi, cinta sudah mula berbuah… dan nawaitu awai tadi nak cedok harta puak asli biru tu dah padam!

– berdurasi hampir 3 jam…
– James Cameron amik masa 12 tahun nak ‘produce’ filem baru selepas Titanic dan hasilnya memang ‘magnificent’!!
– proses nak jadi avatar kena masuk dalam ‘keranda’ khas. avatar dikontrol dengan minda, namun jasad biru2 tadi bebas wujud dimana2..
– 90 % flem nih kaler biru.
– watak Neytiri (heroin) dengan memakai G-String tanpa coli agak ‘mendebarkan’ penulis. kerna suma ‘aset2′ sa-orang Na’vi buleh nampak ‘clear’!!!… (nih kira lampu hijau buat pembikin flem malaysia: buleh buat ceghita separa bogel. dengan syarat mesti dalam bentuk animasi).
– adegan ber’jimak’ antara Jake dgn Neytiri seakan dipotong… (memang potong laaa!!)

Kesimpulan:

– lebih kepada menyindir kuasa besar donia. bagaimana terlalu terdesaknya depa nak memonopoli/menjajah seswatu bangsa untuk kepentingan diri.
– kesan animasi yang lain dari filem2 holywood sebelom nih.. tepuk!!!!

Sesungguhnya.. saya sangat berpuas hati dengan filem Avatar ini… mmg terbaeeeeeklah!!!!!!!!

Related Posts with Thumbnails

You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Avatar (2009)”

  1. fiha86 says:

    wah, tgk avatar tu…
    dah tgk dah ceta tu…
    best & lawa animation die…
    tgk 3D pun best nie…(^_^)
    .-= fiha86´s last blog ..~Kenangan Terindah 2009~ =-.

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv badge

Powered by WordPress