Archive for the ‘Achievement’ Category

Selamat Hari Lahir Anakku ~ Muhammad Mikaeel Zilhan

Selamat Hari Lahir yang pertama buat anakku Muhammad Mikaeel Zilhan. Sungguh cepat masa berlalu.. rasanya baru semalam daddy menerima kehadiran Mikaeel ke dunia ini.. Pada hari ini 18 Januari 2011 maka genaplah usia Mikaeel satu tahun.. Alhamdulillah daddy dikurniakan oleh Allah seorang putera yang comel, bijak malah diusia kecilmu ini juga Mikaeel seakan-akan sudah pandai menjaga hati orang-orang disekeliling termasuklah daddy dan mummy.. Terima Kasih Mikaeel kerana menambahkan lagi keceriaan dan kebahagiaan dalam keluarga kita. Insyaallah.. daddy doakan Mikaeel akan menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat.. Kasih sayang dari daddy & mummy akan senantiasa bersama Mikaeel.

Selamat Hari Lahir Mikaeel ~~

Happy Birthday ZilhanDotCom & Goodbye 2010


En3 terakhir di tahun 2010.. pada 31 Disember 2010 ini juga maka genaplah setahun kewujudan ZilhanDotCom.. Terima kasih buat rakan-rakan yang sudi bertandang ke sini.. mohon maaf sekiranya ZilhanDotCom jarang di’update’ kerana kesibukan kerja dan hal-hal yang tidak dapat dielakkan..

Bersempena hari kelahiran ZilhanDotCom pada hari ini.. dengan berbesar hati saya ingin memberikan sedikit cenderahati buat sesiapa yang berjaya menjadi pengomen pertama untuk en3 ini… cenderahati adalah berupa wang tunai rm10 yang akan dikreditkan ke akaun maybank anda atau topup yang juga bernilai rm10.. Insyaallah dalam masa yang terdekat ini juga satu contest/giveaway anjuran bersama ZilhanDotCom & KancilBiruDotCom akan diadakan…

Related Posts with Thumbnails

Powered by WordPress