Zilhan - tHe NaMe oF tRuE LovE » History

Apakah itu Prinsip JUS SOLI!?
Salam..

Sebagaimana dijanjikan pada entry sebelumnya… entry ini adalah berkenaan apakah yang dikatakan dengan prinsip JUS SOLI..

Jus soli kurang menjadi ingatan kepada kaum bukan Melayu lantaran ia tidak dijadikan mainan oleh pemimpin politik Melayu apabila hak istimewa Melayu dipertikai. Ini kerana kesopanan, toleransi, sikap menjaga hati yang begitu menebal dalam peradaban Melayu. Tetapi apabila isu hak istimewa Melayu cuba dibuang tanpa pembatalan prinsip jus soli yang mana kedua-duanya lahir bagi mengimbangkan sesebuah polemik genting, maka ianya mengundang ke arah negara ketika Malayan Union hendak ditubuhkan. Tiada siapa mahu melihat negara ini kembali kepada pentadbirannya seperti hari-hari pertama ia mendaulatkan perlembagaan tanpa hak istimewa Melayu dan tanpa prinsip jus soli. Ini bermakna kaum yang sebelum ini telah mempunyai kerakyatan, perlu berubah. Apakah mereka perlu memperbaharui pas kerja di negara ini atau pulang ke kampung halaman nenek moyang mereka untuk memulakan hidup baru di tanah asal mereka?. Orang Melayu juga tidak mahu untuk tiba-tiba menjadi mundur dengan kegiatan ekonomi, kembali kepada kehidupan sara diri dan lebih buruk apabila kepayahan mencetus perang saudara dan segalanya berlaku dengan kacau bilau.

Ramlan Adam 2005, inilah yang patut digambarkan kepada ramai oportunis di negara ini yang sentiasa tidak melahirkan penghargaan atas apa yang telah ada hari ini. Ramai kalangan masyarakat telah dicekup oleh oportunis-oportunis ini bagi menzahirkan kacau bilau yang amat mereka inginkan. Pemerintah Malaysia perlu memperbanyakkan pengkisahan sejarah negara, sejarah nasionalisme dan melipatgandakan penyampaian maklumat berhubung kisah-kisah penubuhan negara ini mulai dari hari ini dengan menzahirkan filem dan dokumentari bahasa dan penuh giat. Sebagaimana yang telah diterapkan di dalam Program Biro Tata Negara (BTN) dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), dimana golongan sektor awam dan golongan muda didedahkan dengan semangat patrotik dan cintakan negara.

Jus soli

Jus soli berasal dari bahasa Latin yang memberi maksud “hak untuk kawasan” ataukew arganegaraan hak lahir bermaksud hak kerakyatan sama rata iaitu taraf kerakyatan yang diberi berdasarkan tempat kelahiran tanpa mengira bangsa dan keturunan. Menjelangnya abad kesembilan belas, negara telah terbahagi kepada mereka yang mempunyai kerakyatan terhadap tanahnya mengikut jus soli seperti di Perancis dan memiliki tanahnya mengikut jus sanguinis hak darah seperti di Jerman. Walau bagaimanapun, kebanyakan negara Eropah menerima konsep Jerman sebagai “kenegaraan objektif”, berdasarkan darah, bangsa atau bahasa seperti takrifan klasik Fichte bagi sebuah negara, membuatkan mereka bertentangan dengan ahli republik Ernest Renan yang mencadangkan “kenegaraan subjektif”, berdasarkan pungutan suara harian bagi perlengkapan tanah airnya. Konsep bagi kenegaraan yang tidak penting ini membolehkan pelaksanaan jus soli, menentang kepada jus sanguinis.

Walau bagaimanapun, dengan penambahan pelarian masa kini telah mengkaburkan beza antara keduanya. Malaysia Kita 2004, Di Tanah Melayu pula jus soli telah diperkenalkan pada 1945 dibawah Malayan Union yang memberi kerakyatan kepada warga asing terutama kaum Cina dan India memasuki Tanah Melayu pada masa itu bagi menyelesaikan masalah kerakyatan yang dihadapi oleh mereka. Kemudian ia telah dilaksanakan pada 1946 yang telah menyebabkan kemasukan kaum asing terutama Cina dan India menghampiri 1 juta. Ini telah membuatkan rasa tidak senang hati kaum Melayu telah timbul kerana dikatakan telah mengancam kedudukan orang Melayu dan institusi Raja Melayu, akibat daripada perkara tersebut telah menyebabkan orang Melayu bangun menentang gagasan tersebut

Konsep Jus Soli

Malaysia Kita 2004 jus soli adalah berkonsepkan kepada kesamarataan di antara rakyat di dalam satu negara. Dimana ia adalah bagi menuntut kesamarataan di antara rakyat tempatan dan asing di Malaysia. Kesamarataan dari semua segi yang telah membuatkan keadaan kaum asal Tanah Melayu menjadi tidak senang dan membantah konsep tersebut. Ini disebabkan hak mereka semakin terhakis dan ketaatan kepada Raja Melayu tidak diendahkan serta tidak menghormati kaum asal Tanah Melayu. Bermula dengan pengistiharan Malayan Union pada 1945 di dalam kertas puteh yang telah persetujui oleh Kerajaan British di London dan telah melantik Harold McMichael sebagai Utusan Khas Kerajaan British untuk mendapatkan tandatangan Sultan-Sultan di Tanah Melayu. Jus soli telah dijalankan pada 1946 dan telah dibatalkan pada 1947 kerana dikatakan telah mendapat tentangan yang hebat dari kaum Melayu. Akibat dari prinsip yang longgar ini telah membawa masuk lebih 800,000 kaum imigran ke Tanah Melayu.

Prinsip Jus Soli

Mohd Fuad Sadkan 1999 menyatakan Prinsip jus soli adalah satu prinsip dimana ia berdasarkan undang-undang tempat lahir, sesiapa yang lahir di Malaysia antara hari Merdeka dan Oktober 1962,secara automatik mendapat taraf warganegara. Terdapat beberapa prinsip yang membolehkan seseorang itu menjadi warganegara. Bagi yang lahir selepas 1962 dia boleh menjadi warganegara sekiranya ibu dan bapanya adalah warganegara maka ia boleh menjadi sebahagian daripada tersebut. Selain itu juga, jika ibu bapa mereka masih lagi bermastautin di Tanah Melayu pada ketika itu maka secara automatik mereka juga menjadi warganegara. Dan satu lagi prinsip yang boleh menjadikan mereka seorang warganegara ialah jika dia masih lagi tidak mempunyai warganegara daripada negara lain. Dengan cara ini British berpendapat ia akan dapat menyelesaikan masalah tersebut, prinsip yang di utarakan telah mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu yang mengatakan bahawa hak mereka menjadi semakin tidak bermakna dan lama kelamaan ia akan terhakis dengan sendirinya. Ramlan Adam 2005 menyatakan bahawa sesiapa sahaja yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura dan telah bermastautin di situ sebelum perintah tersebut dikuatkuasakan. Sesiapa sahaja yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun yang telah bermastautin di Tanah Melayu atau Singapura selama 10 tahun dari masa 15 tahun sebelum 15 Februari 1942. Mereka terpaksa mengangkat sumpah kewalakan kepada Malayan Union. Sesiapa sahaja yang dilahirkan di Tanah Melayu atau Singapura pada atau selepas perintah tersebut dikuatkuasakan. Sesiapa sahaja yang dilahirkan di luar Tanah Melayu atau Singapura pada atau selepas perintah tersebut dikuatkuasakan, apabila bapanya ialah warganegara.

Jus Soli di Malaysia

Azmah Abd. Manaf 2003 menyatakan bahawa jus Soli telah diperkenalkan oleh pihak British pada 1945 dibawah pembentukan Malayan Union, ia diperkenalkan adalah bagi menyeragamkan keadaan yang tidak konsisten yang berlaku di antara kaum di Tanah Melayu. Dan telah dijalankan pada 1946 dimana kaum Cina dan India tidak mahu dihantar pulang ke negara asal meraka. Oleh sebab itu, bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku maka pihak berkuasa pada masa itu telah memperkenalkannya. Di bawah penjajahan British, negeri- negeri Melayu telah dibuka kepada kaum imigran tanpa sekatan. Keadaan ini telah mengakibatkan jumlah pendatang asing meningkat secara mendadak dan melebihi bilangan penduduk orang Melayu. Kaum asing mengambil kesempatan daripada kelemahan orang Melayu untuk membolot kekayaan negeri ini.

Asnarulkhadi Abu Samah 1997 menyatakan sesungguhnya prinsip jus soli hangat dibincang sejak 1946 lagi apabila prinsip ini diperkenalkan dalam Perlembagaan Malayan Union. Raja-Raja Melayu dan orang Melayu menolak prinsip jus soli dalam pemberian kerakyatan kepada bangsa imigran. Justeru, prinsip jus soli digugurkan dalam Perlembagaan Tanah Melayu (1948). Pendirian tegas Raja-Raja dan orang Melayu terhadap isu ini tidak berubah. Pada 1950 prinsip jus soli sekali lagi ditolak oleh orang Melayu apabila dicadangkan oleh Jawatankuasa Penyelaras Antara Kaum. Jawatankuasa ini menawarkan untuk membantu orang Melayu dalam bidang ekonomi sebagai pertukarannya. Jus soli telah diperkenalkan sebagai salah satu daripada undang-undang yang termaktub di dalam Perlembagaan Malayan Union yang telah dicanang oleh British di dalam Parlimennya dengan tujuannya ialah untuk membalas dendam kepada orang Melayu yang menyokong pihak Jepun pada masa itu dan bagi memenuhi hasratnya di dalam memonopoli hasil bumi di Tanah Melayu bagi kepentingan negara mereka.

Penolakan Kaum MelayuTerhadap Jus Soli

Abd. Rahman Ismail 2005 menyatakan penentangan ke atas jus soli timbul apabila berlakunya ketidakpuasan hati orang Melayu kerana kesamarataan dan kelonggaran yang ada dalam prinsip jus soli. Prinsip jus soli yang membenarkan siapa sahaja masuk dan diberi kerakyatan yang sama, ini telah menjadikan kaum Melayu sama taraf dengan kaum asing. Antara sebab yang telah menyebabkan kaum Melayu menolaknya adalah:

-> Hak Istimewa

Prinsip jus soli akan menghapuskan hak-hak istimewa yang dinikmati oleh orang Melayu sebagai Bumiputera Tanah Melayu kerana Perlembagaan Malayan Union memberi hak dan peluang yang sama kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa dan keturunan. Orang Melayu tidak mahu hak istimewa dinikmati oleh orang Cina dan India yang dianggap pendatang yang menumpang di Tanah Melayu. Penghapusan hak istimewa menyebabkan orang Melayu bimbang penguasaan ekonomi oleh orang Cina akan bertambah besar dan ini akan meluaskan jurang ekonomi antara orang Melayu dengan Cina. Perkara ini telah menyebabkan orang Melayu menolak prinsip yang akan mengakibatkan keadaan orang Melayu akan menjadi asing di negara sendiri. Hak yang orang Melayu ada telah diragut dengan rakus sekali oleh pihak British kerana perasaan dendam kepada orang Melayu yang telah menyokong Jepun, membuatkan pihak British terpaksa berundur. Apabila Jepun telah menyerah kalah British kembali semula mentadbir dan memasang dendam kepada orang Melayu. Maka dengan itu mereka telah meluluskan pembentukan Malayan Union yang mengandungi prinsip yang cukup mengguris hati orang Melayu iaitu prinsip jus soli. Walaupun jus soli merupakan sebahagian daripada yang termaktub dalam Perlembagaan Malayan Union. Tetapi prinsip yang ada di dalamnya itu telah memberi kesan yang amat sangat kepada umat Melayu. Orang Melayu merasakan mereka semakin terpinggir dari pelbagai aspek berbanding dengan kaum yang lain. Dengan kemasukkan yang melampau dan peraturan yang tidak ketat di dalam prinsip jus soli telah menyebabkan rasa tidak senang hati timbul. Pemilikan ekonomi kaum Melayu semakin jauh perbezaannya dengan kaum imigran. Kaum imigran telah menguasai sebahagian bandar-bandar besar pada masa itu dan kaum Melayu hanya tinggal di kampung dan menjalankan ekonomi secara sara diri sahaja. Akibat daripada kesedaran para pemimpin intelek Melayu yang dipelopori oleh Dato Onn Jaafar telah berjaya menaikkan semangat kaum Melayu dalam menentang prinsip tersebut. Walaupun pada asasnya penolakan itu adalah bersifat menyeluruh terhadap Malayan Union, oleh sebab prinsip jus soli itu berada di dalam Perlembagaan tersebut maka ia secara automatik ditolak keseluruhannya.

-> Hak Kerakyatan

Azmah Abd. Manaf 2003 menyatakan orang Melayu tidak bersetuju dengan syarat kerakyatan yang longgar mengikut prinsip jus soli. Orang Melayu tidak mahu orang Cina dan India diberi syarat kerakyatan yang longgar kerana mereka masih tidak yakin dengan taat setia orang Cina dan India terhadap Tanah Melayu dan kepada Raja-Raja Melayu. Pemberian taraf kerakyatan yang longgar akan menyebabkan ramai orang Cina dan India menjadi warganegara Tanah Melayu. Orang Melayu bimbang orang Cina yang sudahpun menguasai ekonomi akan menguasai politik apabila bilangan mereka melebihi orang Melayu. Kebimbangan mereka bertambah kerana pada tahun 1947, jumlah Melayu hanya 49.46% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu. Dengan kelonggaran kerakyatan yang diberikan dalam prinsip jus soli telah menyebabkan kemasukkan imigran secara beramai-ramai menyebabkan keadaan orang Melayu mula rasa tergugat. Ini kerana hak kerakyatan yang diberikan itu adalah tidak bertepatan dengan kehendak orang Melayu yang membuatkan mereka telah menolaknya. Oleh kerana keadaan ini dikatakan menggugat kedudukan hak kerakyatan maka orang Melayu telah memboikot pengistiharan Malayan Union pada 1946 yang telah mendapat mandat Raja-Raja Melayu dan penggabungan persatuan di seluruh Tanah Melayu pada ketika itu. Walaupun pada mulanya ia telah dipersetujui oleh Raja-Raja Melayu, tetapi dengan kebijakan yang dimiliki oleh Datuk Onn Jaafar telah berjaya memujuk Raja-Raja Melayu supaya memboikot pengishtiharan tersebut.

-> Kekuasaan Dan Kewibawaan Sultan

Penubuhan Malayan Union akan menjejaskan kekuasaan dan kewibawaan Sultan. Walaupun kedudukan Sultan dikekalkan, tetapi kekuasaan dan kewibawaan mereka dikurangkan. Sultan tidak mempunyai kuasa pentadbiran. Kuasa Sultan hanya tertumpu dalam hal-ehwal agama Islam dan adat resam Melayu sahaja. Malah kuasa Sultan dalam hal-ehwal agama Islam juga terjejas apabila British mencadangkan penubuhan Majlis Mesyuarat Agama yang dipengerusikan oleh Gabenor. Sultan-Sultan dianggap sebagai pelindung orang Melayu. Kemerosotan kuasa Sultan bererti kehilangan kuasa orang Melayu.

->Tidak Menghormati Hak Orang Melayu

Pemberian kewarganegaraan berdasarkan prinsip jus soli merupakan hak istimewa yang diberikan oleh orang Melayu kepada penduduk imigran ketika itu. Kaum Cina dan India menikmatinya serta merta, tidak seperti hak istimewa orang Melayu yang diabaikan pelaksanaannya oleh pemimpin Melayu itu sendiri pada tahun-tahun awal kemerdekaan sehingga terpaksa diperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 1970. Warga Malaysia keturunan Cina dan India patut berterima kasih dengan orang Melayu kerana pemberian kewarganegaraan itu adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan. Malah membangkitkan status kewarganegaraan kepada orang Cina dan India sama seperti mempersoalkan kedudukan Raja-Raja Melayu, hak istimewa orang Melayu/Bumiputera, kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan agama Islam sebagai agama Persekutuan, adalah suatu kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 mengikut perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Sebagai mengenang budi pemberian orang Melayu, mereka perlu akur dengan apa yang telah dipersetujui oleh nenek moyang mereka dengan para pemimpin Melayu sewaktu negara mencapai kemerdekaan. Mereka perlu menerima hakikat bahawa kedudukan hak istimewa orang Melayu adalah sesuatu yang sudah selesai dan tidak harus mempertikaikan lagi.

-> Balas Dendam

Orang Melayu juga menentang jus soli kerana mereka menyedari bahawa ini merupakan balas dendam British terhadap orang Melayu kerana menyokong Jepun. James V. Allen dalam bukunya “The Malayan Union” mendakwa sejak kekalahan British di tangan Jepun, majoriti pegawai British bersikap anti Melayu kerana kecewa dengan tindakan orang Melayu bekerjasama dengan Jepun. Akibatnya, Perlembagaan Malayan Union amat merugikan orang Melayu, terutamanya yang berkaitan dengan hak istimewa dan kekuasaan serta kewibawaan Sultan. Dengan demikian orang Melayu telah menolaknya bulat-bulat kerana sedar ini akan menghancurkan orang Melayu pada masa akan datang dan juga akan menyebabkan Tanah Melayu tidak akan menjadi hak mutlak kepada orang Melayu walaupun ia pada asalnya hak mereka.

Kesimpulan

Jus soli merupakan isu yang menjadi tuntutan orang dagang terhadap kerakyatan di Tanah Melayu. Isu ini telah dibantah oleh orang Melayu. Isu tersebut ialah pemberian hak kerakyatan yang sama rata kepada semua kaum di Tanah Melayu. Perjuangan ini dianggap boleh melemahkan lagi kedudukan orang Melayu. Selepas perbincangan dan rundingan, raja- raja Melayu bersetuju menerima kerakyatan jus soli. Kerakyatan jus soli diterima dengan bersyarat, iaitu orang bukan Melayu mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dalam Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Seterusnya suruhanjaya ini juga menyetujui agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama di Tanah Melayu. Seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 dan 153. Sebagai salah satu usul yang ada di dalam Malayan Union bagi menyeragamkan keadaan yang kurang pasti tentang kependudukan kaum lain di Tanah Melayu pihak British telah mengaplikasikannya untuk kepenting mereka. Ini juga satu motif pembalasan dendam daripada pihak British kepada orang Melayu diatas sokongan yang telah diberikan oleh orang Melayu kepada pihak Jepun pada 1945 semasa Jepun mula menduduki Tanah Melayu. Pemberian kerakyatan melalui jus soli juga adalah kerana memperingati jasa orang Cina yang telah bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun. Majoriti orang Cina menjadi anggota Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) dan bersama-sama British dalam usaha mengusir Jepun dari Tanah Melayu. Akibatnya, ini akan menguntungkan orang Cina yang berkaitan dengan kerakyatan serta dapat menjadi kuasa politik pada masa akan datang.

Sejarah Penciptaan Basikal
BASIKAL

Apa itu basikal? Basikal sebenarnya adalah sebuah kenderaan yang digerakkan menggunakan tenaga manusia iaitu dengan cara mengayuh pada pedal basikal tersebut. Kemudian basikal tersebut akan bergerak melalui dua rodanya yang melekat pada kerangka atau frame basikal tersebut.

Bila basikal dicipta?

Basikal pada awalnya telah dicipta di Eropah pada abad ke-19 iaitu orang yang dikatakan paling awal mencipta basikal ialah Von Drais pada tahun 1817 dan kemudian basikal tersebut di patentkan pada tahun 1818. Namun ada teori yang mengatakan bahawa basikal telah di reka bentuk pada seawal tahun 1493 lagi iaitu oleh Giacomo Caprotti. Teori ini telah dibuktikan dengan terjumpanya gambar atau lakaran basikal yang dibuat oleh Giacomo Caprotti. Tak kira siapa yang paling awal mencipta basikal, ia telah menjadi sebuah kenderaan yang sangat popular di mana-mana negara pun.

“Timeline” Basikal

1817: Pada tahun ini Baron von Drais iaitu seorang rakyat Jerman telah mencipta basikal yang dinamakan Draisienne. Basikal ini diperbuat daripada kayu. Ianya mempunyai tempat duduk dan handle tetapi ia tidak mempunyai pedal(pengayuh). Pada masa itu, mereka menggerakkan basikal tersebut dengan cara mengayuh kaki ke lantai.

1839: Pada tahun ini, seorang tukang besi berbangsa Scottish yang bernama Kirkpatrick Macmillan telah mencipta basikal yang boleh bergerak sendiri. Sistem bagi basikal ini ialah ia menggunakan sebatang besi yang terletak pada tayar hadapan yang dihubungkan dengan tuil pada tayar belakang. Basikal ini  seberat 56 pounds dan hanya pengguna yang gagah sahaja yang mampu menunggang basikal ini.

1863: Pierre Michaux of Paris telah mencipta basikal yang diberi nama Michaux Velocipede. Basikal ini mempunya pedal dan tuas yang terletak dihadapan roda basikal. Basikal ini telah menjadi kenderaan tunggangan yang paling banyak dikeluarkan pada masa itu. Basikal ini juga dinamakan sebagai “boneshaker” dan ianya popular sehingga ke tahun 1870.

1870: James Starley mencipta basikal yang boleh dikatakan sebuah basikal biasa dimana basikal tersebut mempunya roda hadapan yang besar manakala roda belakangnya pula adalah kecil sedikit dari roda hadapan. Ciri-ciri ini membenarkan penggunanya bergerak lebih jauh apabila melakukan setiap kayuhan. Untuk menunggang basikal ini, penggunanya perlulah mempunyai latihan dan skil yang tinggi kerana basikal ini sukar untuk ditunggang.

1884: H.J Larson telah mereka bentuk basikal yang digerakkan menggunakan rantai. Basikal ini dinamakan Safety. Roda basikal ini bersaiz medium dan ianya adalah lebih stabil dan mudah untuk ditunggang jika dibandingkan dengan basikal Ordinary.

1885-1900: John Kemp Starley, iaitu anak buah James Starley telah mencipta basikal yang dinamakan Rover Safety. Basikal ini sangat menarik kerana ia mempunyai kerusi yang memberi keselesaan kepada penggunanya. Selain itu, pemegang basikal ini juga di pasang dengan”grip”. Basikal ini boleh dikatakan mempunya aspek keselamatan.

1888: John Boyd Dunlop telah mencipta tayar pneumatik iaitu tayar tersebuat berisi dengan udara. Tayar ini memberi tunggangan yang selesa kepada penunggangnya.

1890-an: Harga basikal telah jatuh dan ia mampu dimiliki oleh semua orang. Oleh itu ramai orang membeli basikal sebagai pengangkutan ke tempat kerja ataupun bersiar-siar. Sekitar tahun ini, kaum wanita melihat basikal sebagai tiket ke arah kebebasan. Kaum wanita dibenarkan menunggang basikal dengan memakai skirt. Susan B. Anthony berkata bahawa basikal telah membebaskan kaum wanita daripada segala benda yang ada di dunia ini.

Circa 1900: Seorang pengusaha Inggeris mencipta”wheel hub” yang mempunyai tiga kelajuan yang membenarkan penunggang berbasikal di kawasan yang berbukit. Circa 1910: basikal untuk kanak-kanak mula dicipta dan dijual.

1940-an: “kick stand” basikal dicipta. Ia digunakan dalam perang. Pelumba basikal Eropah mula menggunakan “derailleur” yang mempunyai lima tahap kelajuan.

1963: Schwinn memperkenalkan Sting-Ray iaitu basikal pertama yang menggunakan tempat duduk “banana” dan mempunyai handle yang tinggi. Basikal Sting-Ray telah membuka jalan basikal BMX unutk menjadi terkenal pada tahun 1970-an.

1960-an: Basikal yang mempunya gear 10-speed telah menjadi satu kemestian dalam reka bentuk sesuatu basikal.

1970-an: Akibat kesedaran terhadap alam sekitar, basikal telah menjadi kenderaan yang popular kerana ianya tidak menggunakan minyak. Dalam tahun 1978, jualan basikal di US adalah lebih tinggi berbanding dengan jualan kereta.

1984: Roda bergigi ditambah pada bahagian gear menyebabkan kelajuan basikal bertambah dari 15 ke 18, 21 dan 24.

1986: Satu survey dibuat oleh The International Bicycle Fund. Hasil dari survey tersebut didapati bahawa basikal adalah sukan ke-3 paling popular selepas renang dan senam robik.

Pada masa kini, terdapat pula basikal yang menggunakan enjin atau lebih dikenali sebagai basikal bermotor. Fungsinya masih sama tetapi ditambah dengan enjin dimana boleh digunakan seperti motorsikal.  Maksudnya dwi fungsi dimana boleh dikayuh dan menggunakan enjin.

Sejarah Dan Latar Belakang Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
Bolasepak dikatakan sukan pertama yang dibawa dari negara luar ke Malaya ketika kependudukan British pada sekitar 1825.Beberapa kelab kemudian ditubuhkan di kawasan yang mempunyai ramai rakyat British seperti di Selangor,Kuala Lumpur,Perak,Johor dan Negeri Sembilan.

Bagaimanapun pada 1926, asas penubuhan Persatuan Bolasepak Malaya(FAM)dilakukan sebelum ia menjadi rasmi sebagai badan induk pada 1933.

Pada 1956,FAM menjadi ahli gabungan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa atau FIFA,selain menganggotai Persekutuan Bolasepak Asia(AFC).

Nama Persatuan Bolasepak Malaya kemudian ditukar kepada Persatuan Bolasepak Malaysia pada 1960.

FAM-PERSATUAN BOLA SEPAK MALAYSIA

Ditubuhkan:1933

Bergabung dengan FIFA:1956

Bergabung dengan AFC:1958

Bergabung dengan AFF(Asean):1984

Warna Jersi:Kuning dan Hitam

Alamat:Tingkat 3,Wisma FAM,Jalan SS 5A/9,Kelana Jaya,47301,Petaling Jaya,Selangor

Sejarah Liga:

Pada 1989 Liga Semi-Pro perkenalkan sebelum menjadi profesional 1993.

1982-1989:Liga satu pusingan:

1989-1993:Liga Dua Division:Division 1 & Division 2

1994-1997:Liga Satu Division(Liga Perdana)

1989-2003:Liga Dua Division:Division 1(Liga Perdana 1)&Division 2(Liga Perdana 2)

2004-sekarang:Liga Tiga Divison:Division 1(Liga Super),Division 2(Liga Perdana),Division 3(Kelab FAM/Piala FAM)

Sejarah Piala:

1921:Piala Malaya(Malaya Cup) diperkenalkan

1933:Piala Malaya ditukar nama kepada Piala HMS(HMS Cup)

1967:Piala HMS(HMS Cup) ditukar nama kepada Piala Malaysia

1982 Piala Liga diperkenalkan

1985:Piala Sumbangsih diperkenalkan

1990:Piala FA diperkenalkan

Penaja Utama:

1989-2004:Dunhill Liga Malaysia

2005-sekarang:TM Liga Malaysia

sumber : http://malaysiafootball-dimos.blogspot.com/

Dunia Kuno Yang Penuh Keajaiban
Berikut ini ada keajaiban yang cukup menarik untuk di bahas.Semua ini adalah buat menambah ilmu pengetahuan kita.

Menurut senarai walaupun bukan yang pertama atau terakhir,di buat oleh Philo of Byzanthium dan ditulis pada tahun 224 SM dlm karyanya berjudul “On The Seven Wonders”. Kemudian di tulis kembali oleh seorang sejarahwan bernama Herodotus (484 SM-425 SM) dan seorang arsitek bernama Callimachus of Cyrene (350 SM- 240 SM) di Museum of Alexandria.

1. Lighthouse of Alexandria,Babylonia

Dibangun 280 SM,oleh orang2 Hellenistic Mesir,

antara 115 dan 135 meter tingginya dan dulu menjadi bangunan tertinggi selama beberapa abad,

hancur pada thn 1380-1404 akibat gempa.

2. Colossus of Rhodes

Patung Helios yang sangat besar,

dibuat sekitar tahun 292–280 SM oleh Chures, sekarang Yunani,

hancur pada 226 SM akibat gempa.

3. Mausoleum at Halicarnassus

Makam Mausolus, satrap Persia, Caria,

dibuat pada tahun 353–351 SM, di kota Halicarnassus, sekarang Bodrum, Turki.

handur akibat gempa pada tahun 1494

4. Temple of Artemis at Ephesus

5. Statue of Zeus at Olympia

Berada di Olympia, dipahat oleh pemahat Yunani Fidias,

kira-kira 457 SM sekarang Yunani.

hancur pada abad ke 5-6 akibat gempa.

6. Hanging garden of Babylon

Dibuat oleh Nebukadnezar II,

sekitar abad ke-8 SM–abad ke-6 SM, sekarang Irak.

hancur akibat gempa setelah abad ke-1.

Ini dia gambarnya yang sampai sekarang masih tetap gagah berdiri

7. Great Pyramid of Giza

dipakai sebagai makam untuk firaun Mesir Khufu, Khafre, dan Menkaure, sekarang Mesir. Dibangun pada dinasti ke-4 Mesir (sekitar 2575– sekitar 2465 SM)

Dan sampai sekarang belum hancur,padahal sudah berabad abad tahun lamanya

Sejarah dan Peristiwa Hari
Allah menjadikan masa dalam seminggu tu ada 7 hari iaitu Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Dalam setiap hari tu, ada peristiwa-peristiwa penting yang tercatat dalam diari Islam itu sendiri yang menjadi memori sepanjang zaman.

Hari Isnin

1. Naiknya Nabi Idris ke langit.

2. Nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina.

3. Rasulullah s.a.w dilahirkan.

4. Malaikat Jibril turun kepada Rasulullah s.a.w buat kali pertama.

5. Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilapurkan pada hari Isnin.

6. Hari wafatnya Junjungan mulia, Nabi Muhamad s.a.w.

7. Bukti keesaan Allah, diturunkan “Qul huwallahu ahad”

Hari Selasa

1. Wafatnya Jurjis.

2. Nabi Yahya a.s wafat pada hari ini.

3. Nabi Zakaria wafat pada hari ini juga.

4. Tukang sihir Firaun tewas dengan mukjizat Nabi Musa.

5. Asiah iaitu isteri kepada Firaun wafat pada hari ni.

6. Habil terbunuh hari selasa.

Hari Rabu

1. Allah menenggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaanya ke dalam perut bumi.

2. Allah menghancurkan Firaun beserta semua pengikut2nya.

3. Allah menghancurkan Raja Namruz bin Kan’an dengan memasukkan serangga ke dalam telinganya.

4. Allah menghancurkan kaum Nabi Saleh a.s.

5. Allah menghancurkan kaum Nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat.

Hari Khamis

1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja Mesir.

2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya (masa ni, Yusof jadi raja mesir yang terkenal).

3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke Mesir dan berjumpa dengan Nabi Yusof.

4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga untuk bertemu anakandanya yang dirindui.

5. Nabi Musa a.s memasuki Mesir pada hari khamis untuk mengajak Firaun menyembah kepada Allah.

6. Rasululllah s.a.w memasuki Kota Mekah selepas perjanjian hudaibiyah.

Hari Jumaat

1. Pernikahan antara Nabi Adam dan Hawa.

2. Pernikahan antara Nabi Yusof dengan Zulaikha.

3. Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi Syuaib a.s.

4. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Khadijah Khuwailid.

5. Pernikahan antara Nabi Sulaiman a.s dengan Ratu Balqis dari negeri Saba’.

6. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar.

7. Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a dengan Fatimah Az-Zahra.

Hari Sabtu Hari ni pernah disebut oleh Rasulullah sebagai hari tipu daya kerana:

1. Kaum Nabi Nuh membangkang kepada Nabinya.

2. Kaum Nabi Saleh mencabar Nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada mereka.

3. Saudara-saudara Nabi Yusof mengkhianati Nabi Yusof dengan mencampakkannya ke dalam perigi di padang pasir.

4. Raja Firaun mencabar Nabi Musa.

5. Orang2 Yahudi mengkhianati dan mengejar Nabi Isa a.s untuk membunuhnya. Lalu, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit.

6. Orang2 Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhammad di Darun Nadwah.

7. Kaum Yahudi melanggar perintah Allah dengan menangkap ikan walaupun hari itu di larang mereka berbuat demikian.

Hari Ahad

1. Allah menjadikan neraka.

2. Allah mencipta bumi yang tujuh lapis.

3. Allah mencipta langit yang tujuh lapis.

4. Allah menjadikan 7 anggota adam.

5. Allah menjadikan bilangan hari yang tujuh.

6. Allah menjadikan bintang2 yang beredar.

7. Allah menjadikan lautan yang tujuh.

Diantara hari-hari yang tujuh itu, hari Jumaatlah yang paling mulia dan digelar penghulu bagi segala hari. Banyak fadhilat yang boleh kita perolehi pada hari Jumaat.

Begitulah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada sekian-sekian hari. Hanya dengan mengimbas kembali lipatan sirah nabawiyah, barulah kita dapat gambaran sepenuhnya. Alangkah baiknya kalau kita berada di bumi anbiya. Bolehlah kita menuruti sejarah-sejarah silam, zaman pemerintahan nabi-nabi.