Tergempar dan lagi menggemparkan..
Waris Raja Bersiong dikhabarkan telah ditemui di utara tanahair. berdasarkan pengamatan beberapa pakar yang didatangkan khas dari seluruh dunia.. terbukti waris ini adalah sebenar-benarnya waris tunggal dari Raja Bersiong. Waris ini yang fasih berbahasa inggeris dan siam telah menunjukkan surat beranak beliau dan beberapa manuskrip salahsilah keluarganya kepada sekumpulan pakar gigilogi dari timur tengah.
Dengan beberapa bukti dan kesahihan yang mereka perolehi makanya kumpulan pakar gigilogi tersebut telah membuktikan individu yang mereka temui ini sememangnya benar-benar waris tunggal dari susur galur Raja Bersiong. Lebih menabjubkan pula, siong atau gigi yang terdapat pada individu yang dikenali dengan ‘Baniong’ ini hanya akan panjang dengan sendirinya apabila datangnya waktu senja dan kembali seperti sediakala apabila subuh menjelma.
Menurut ‘Baniong’ lagi, walaupun beliau sememangnya terbukti waris dari keturunan Raja Bersiong tetapi beliau hanya mewarisi ‘siong’nya sahaja dan beliau juga hanya gemar menikmati darah kambing. Beliau yang ditemui di Ladang kambing milik keluarga beliau meminta pihak kami di ZilhanDotCom supaya mempromosikan kambing-kambing ternakannya di Blog ZilhanDotCom sempena sambutan hari raya qurban yang bakal menyusul tidak berapa lama lagi..


October 7th, 2010
daddyZilhan
Posted in
Tags:



