Diskaun Tol + Tol Percuma Aidilfitri 2010

1. LEBUHRAYA UTARA SELATAN (PLUS)

Diskaun sebanyak 20% (10% dan 10%) kepada pengguna kenderaan ringan (Kelas 1) yang menggunakan lebuh raya di antara pukul 12 tengah malam hingga 7 pagi· Rebat Tambahan sebanyak 20% kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa.

TARIKH PELAKSANAAN : 6,7,8, 13,14,15 September 2010.

KADAR TOL SEDIA ADA : Kelas 1 – 13.60 sen/km

KADAR TOL SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI : Kelas 1 – 11.02 sen/km





2. LEBUHRAYA UTARA SELATAN HUBUNGAN TENGAH (ELITE)

Diskaun sebanyak 20% (10% dan 10% ) kepada pengguna kenderaan ringan (Kelas 1) yang menggunakan lebuh raya di antara jam 12:00 tengah malam hingga 7:00 pagi· Rebat Tambahan sebanyak 20% kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa.

TARIKH PELAKSANAAN :

KADAR TOL SEDIA ADA : Kelas 1 –14.96 sen/km

KADAR TOL SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI : Kelas 1 –12.11 sen/km

3. LEBUHRAYA SEREMBAN-PORT DICKSON(SPDH)

BENTUK PROGRAM CSR

Diskaun sebanyak 20% (10% dan 10% ) kepada pengguna kenderaan ringan (Kelas 1) yang menggunakan lebuh raya di antara pukul 12 tengah malam hingga 7 pagi). Rebat Tambahan sebanyak 20% kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa.

TARIKH PELAKSANAAN : 6,7,8, 13,14,15 September 2010.

KADAR TOL SEDIA ADA : Plaza Tol Mambau Kelas 1 – RM 3.20

Plaza Tol Lukut Kelas 1 – RM 0.80

KADAR TOL SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI :

Plaza Tol Mambau Kelas 1 – RM 2.60(Diskaun RM0.60)

Plaza Tol Lukut Kelas 1 – RM 0.60 (Diskaun RM0.20)

4. LEBUHRAYA KULIM-BUTTERWORTH (KLBK)

Rebat Tambahan sebanyak 20% kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa.

TARIKH PELAKSANAAN : 6,7,8, 13,14,15 September 2010.

KADAR TOL SEDIA ADA : Plaza Tol Kubang Semang/Lunas

Kelas 1 – RM 1.60

KADAR TOL SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

Plaza Tol Kubang Semang/Lunas Kelas 1 – RM 1.60

(20% rebat ke atas bayaran tol akan dimasukkan di dalam kad Plusmile Jumlah Rebat K. Semang = RM0.30 Lunas = RM0.30)

5. LEBUHRAYA LALUAN KEDUA MALAYSIAN-SINGAPURA (LINKEDUA)

Diskaun sebanyak 20% (10% dan 10% ) kepada pengguna kenderaan ringan (Kelas 1) yang menggunakan lebuh raya (kecuali Plaza Tol Tanjung Kupang) di antara pukul 12 tengah malam hingga 7 pagi). Rebat Tambahan sebanyak 20% kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa.

TARIKH PELAKSANAAN : 6,7,8, 13,14,15 September 2010.

KADAR TOL SEDIA ADA : Plaza Tol Lima Kedai Kelas 1 – RM 3.90

Plaza Tol Perling Kelas 1 – RM 2.30

KADAR TOL SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI :

Plaza Tol Lima Kedai Kelas 1 – RM 3.20 (Diskaun RM0.70)

Plaza Tol Perling Kelas 1 – RM 1.90 (Diskaun RM0.40)

6. LEBUHRAYA KUALA LUMPUR – KARAK dan LEBUHRAYA PANTAI TIMUR FASA 1 di bawah pengurusan kumpulan MTD

TARIKH DAN MASA PERLAKSANAAN :
- 9 malam (7 September 2010) hingga pukul 6 pagi (8 September 2010)
- 9 malam (15 September 2010) hingga pukul 6 pagi (16 September 2010).
KADAR TOL SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI : Pengecualian bayaran tol bagi semua kelas kenderaan

Related Posts with Thumbnails

You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Diskaun Tol + Tol Percuma Aidilfitri 2010”

Leave a Reply

CommentLuv badge

Powered by WordPress