Iklan Jawatan Kosong di Uniutama Property Sdn. Bhd. (UPSB) 2010

Uniutama Property Sdn. Bhd. merupakan sebuah anak syarikat Uniutama Management Holdings Sdn. Bhd milik penuh Universiti Utara Malaysia yang menjalankan kerja-kerja penyenggaraan Lanskap dan Pembersihan. Sejajar dengan perkembangan aktiviti perniagaan syarikat, UPSB sedang berusaha mendapatkan Modal Insan yang berpotensi dan berdedikasi bagi mengisi jawatan kosong seperti berikut :-

BIL NAMA JAWATAN GRED KEKOSONGAN
1 Eksekutif Pemasaran E2 1
2 Eksekutif Operasi Lanskap & Perhutanan E2 1




1.0 KELAYAKAN LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memenuhi kelayakan seperti berikut :-
i. Terdiri dari warganegara Malaysia.
ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

2.0 SYARAT LANTIKAN DAN KELULUSAN BAGI KAKITANGAN JAWATAN

2.1 EKSEKUTIF PEMASARAN GRED E2

i. Mempunyai Ijazah Pemasaran atau Pengurusan Perniagaan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau setaraf atau
ii. Diploma Pemasaran atau Pengurusan Perniagaan sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam bidang yang berkaitan.
iii. Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.
iv. Berkebolehan bekerja dengan penyeliaan yang minimum, kemahiran interpersonal yang baik, berinisiatif dan sanggup bekerja diluar kawasan.
v. Mempunyai Lesen Memandu dan kenderaaan sendiri.

2.2 EKSEKUTIF OPERASI LANSKAP & PERHUTANAN GRED E2

i. Mempunyai Ijazah Saujana Muda Seni Bina Lanskap yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau kelayakkan yang setaraf dengannya.
ii. Mempunyai Diploma Pertanian dengan pengalaman tidak kurang 5 tahun dalam bidang berkaitan.
iii. Berkebolehan bekerja dalam kumpulan dengan penyeliaan yang minimum, kemahiran berkomunikasi interpersonal yang baik, berinisiatif dan sanggup bekerja di luar kawasan.
iv. Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Ingeris dengan baik.
v. Mempunyai Lesen Memandu dan kenderaan sendiri.

3.0 CARA-CARA MEMOHON

3.1 Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Perjawatan yang boleh didapati daripada Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, Uniutama Property Sdn. Bhd.

3.2 Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan yang telah disahkan seperti berikut:

(a) Sijil atau salinan keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang disyaratkan, sijil berhenti sekolah dan kad pengenalan.

3.3 Borang yang telah lengkap diisi berserta salinan sijil-sijil hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah :-

JABATAN SUMBER MANUSIA
UNIUTAMA PROPERTY SDN. BHD. (UPSB)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
06010 SINTOK KEDAH.
TEL: 04-9284330/5796

4.0 CATATAN AM

4.1 Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

4.2 Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh enam (6) bulan selepas dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

5.0 TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan ialah pada 5 September 2010. Borang permohonan yang diterima selepas tarikh tutup akan ditolak.

Related Posts with Thumbnails

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge

Powered by WordPress