
IKLAN TAWARAN KHIDMAT PEMBANTU PENGAWAS PEPERIKSAAN AKHIR OKTOBER 2010
1. Calon yang berkelayakan adalah diperlukan untuk mengisi jawatan di atas mengikut syarat-syarat perlantikan seperti berikut :
(a) Warganegara Malaysia (Bumiputera).
(b) Berumur 17 tahun ke atas tetapi tidak melebihi 30 tahun pada tarikh permohonan dibuat. Pemohon yang belum mencapai umur 18 tahun hendaklah mendapat kebenaran ibu/bapa/penjaga.
(c) Sihat tubuh badan.
(d) Keutamaan akan diberi kepada anak-anak staf UiTM. Ahli keluarga yang lain atau kenalan juga boleh dipertimbangkan. Staf UiTM yang terbabit akan dianggap sebagai rujukan perwatakan pemohon.
(e) Kelayakan minimum sekurang-kurangnya tamat Tingkatan 5 atau mempunyai SPM atau setaraf dengannya.
(f) Pelajar UiTM / Bekas Pelajar UiTM / Staf Akademik & Pentadbiran UiTM tidak dibenarkan memohon.
(g) Calon-calon hendaklah komited dengan bidang tugas.
(h) Pihak UiTM boleh menamatkan tempoh perkhidmatan Pembantu Pengawas pada bila-bila masa, jika didapati melanggar etika dan peraturan yang ditetapkan.
2. Taraf Jawatan – Sambilan (mengikut tempoh peperiksaan iaitu bermula dari 25/10/2010 hingga 14/11/2010).
3. Kadar Elaun – RM 4.00 sejam.
4. Calon yang berminat sila dapatkan Borang Permohonan di Pejabat Dekan Fakulti/ Akademi/ Pengarah Kampus/ Pengarah Pusat/Institut yang berdekatan.
5. Tarikh tutup permohonan : 30 Ogos 2010
6. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada Pejabat Dekan Fakulti / Akademi / Pengarah Kampus / Pengarah Pusat / Institut sebelum atau pada 30 Ogos 2010

August 19th, 2010
daddyZilhan
Posted in
Tags: 

timasih atas iklan ni………….bagus2~ nak try mohon kat adik..
[Reply]
r0b|n Reply:
August 19th, 2010 at 3:37 am
welcome… hehehe.. info untuk semua..
[Reply]