
PERJAWATAN BUKAN AKADEMIK (PENTADBIRAN DAN SOKONGAN)
1. PEGAWAI PERUBATAN
Gred UD43 P1T1 RM3028.90 – P1T14 RM5018.81
P2T1 RM3190.31 – P2T14 RM5288.64
P3T1 RM3358.68 – P3T14 RM5547.49
Kelayakan:
(a) (i) ijazah dalam ilmu perubatan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar sementara atau
penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia; atau
(ii) calon yang dilantik di bawah seksyen 12(1)(a)(ii) Akta Perubatan
1971 dan telah memenuhi Peraturan-peraturan Perubatan seperti
perenggan 12(1)(aa) serta telah berdaftar sementara dengan
Majlis Perubatan Malaysia.
(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan;
dan (c) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang berkenaan.
Syarat Lantikan Tambahan
(a) Keutamaan kepada calon yang bersedia menjalankan tugasan on-call
dan medical standby team untuk program-program Universiti serta
menyampaikan ceramah-ceramah kesihatan.
2. PEGAWAI TADBIR N41
Gred N41 P1T1 RM1690.28 – P1T27 RM4640.28
P2T1 RM1784.90 – P2T27 RM4918.55
P3T1 RM1883.70 – P3T27 RM5220.62
Kelayakan:
(a) (i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusiinstitusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya; atau
(ii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41:P1T3); atau
(iii) ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf olehkKerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41:P1T4)
dan (b) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir,
Penolong Pegawai Tadbir Tanah, Penolong Pegawai Tanah, Penghulu dan
Setiausaha Pejabat adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik
berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir
Gred N41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam
perkhidmatan dan:-
(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan (a) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Syarat Lantikan Tambahan
Bagi jawatan yang ditawarkan di Unit Perhubungan Awam & Media, Pejabat
Naib Canselor:
(a) Bertanggungjawab sebagai Pegawai Perhubungan Awam.
(b) Mempunya pengalaman dalam bidang perhubungan awam (public
relations) atau komunikasi korporat.
(c) Berkebolehan dan mempunyai kemahiran berkomunikasi
(communication skills) lisan dan bukan lisan (verbal and non-verbal)
yang baik dan berkesan terutamanya dalam Bahasa Malaysia/Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris.
(d) Memiliki kemahiran menulis berita (writing skills) yang tinggi di dalam
Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
(e) Memiliki pengalaman dan kemahiran dalam urusan khidmat pelanggan
(customer services).
(f) Mencapai Kepujian sekurang-kurangnya C6 dalam Bahasa Inggeris
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
(g) Mencapai sekurang-kurangnya CGPA 3.00 pada peringkat ijazah sarjana
muda (tertakluk kepada budibicara Jawatankuasa Pemilih)
3. PEGAWAI BELIA DAN SUKAN
Gred S41 P1T1 RM1688.89 – P1T27 RM4638.89
P2T1 RM1783.51 – P2T27 RM4917.16
3
P3T1 RM1882.31 – P3T27 RM5219.23
Kelayakan:
(a) (i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusiinstitusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya; atau
(ii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S41:P1T3);
dan (b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Belia dan
Sukan adalah layak dipertimbang untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke
jawatan Pegawai Belia dan Sukan Gred S41 tertakluk kepada kekosongan
jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
i) mempunyai kelayakan di atas; atau
ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
iii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Syarat Lantikan Tambahan
(a) Mencapai Kepujian sekurang-kurangnya C6 dalam Bahasa Inggeris
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
(b) Mencapai sekurang-kurangnya CGPA 3.00 pada peringkat ijazah sarjana
muda (tertakluk kepada budibicara Jawatankuasa Pemilih).
4. PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN
Gred S27 P1T1 RM1204.55 – P1T26 RM3027.10
P2T1 RM1274.13 – P2T26 RM3213.25
P3T1 RM1346.73 – P3T26 RM3405.26
Kelayakan:
(a) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S27:P1T5);
dan (b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Belia dan Sukan
adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL
ke jawatan Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S27, tertakluk kepada
kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
i) mempunyai kelayakan di atas ; atau
ii) Peperiksaan Khas; dan
iii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Syarat Lantikan Tambahan
(a) Mencapai Kepujian sekurang-kurangnya C6 dalam Bahasa Inggeris
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
5. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN
Gred U29 P1T1 RM1160.69 – P1T24 RM3057.39
P2T1 RM1231.78 – P2T24 RM3279.74
P3T1 RM1305.89 – P3T24 RM3476.28
Kelayakan:
(a) Diploma Pembantu Perubatan daripada Kolej Pembantu Perubatan
Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan
Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U29:P1T6);
dan (b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
Syarat Lantikan Tambahan
Keutamaan kepada calon yang :
(a) bersedia menjalankan tugasan on-call dan medical standby team
untuk program-program Universiti serta menyampaikan ceramah first
aid dan CPR.
(b) mempunyai kemahiran berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris.
(c) memiliki kemahiran ICT seperti Microsoft Office (Word, Excel dan
Power Point).
6. PEGAWAI KEBUDAYAAN
Gred B17 P1T1 RM827.94 – P1T24 RM2177.15
P2T1 RM880.88 – P2T24 RM2298.18
P3T1 RM935.33 – P3T24 RM2423.63
Kelayakan:
Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti dan
(a) (i) mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya
dalam bidang kebudayaan; dan
(ii) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa
Malaysia dengan memuaskan; atau
(b) (i) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan
mempunyai pengalaman dalam bidang kebudayaan; dan
(ii) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat
Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau
kelulusan yang iktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan; dan
(ii) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian
Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Syarat Lantikan Tambahan
(a) Keutamaan kepada calon yang mempunyai hasil seni (Art Work)
sendiri. (Contoh: Kareografi tarian/lagu/skrip teater dan sebagainya)
(b) Mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam manamana
bidang seni & budaya.
7. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/SETIAUSAHA PEJABAT
Gred N17 P1T1 RM820.38 – P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 – P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 – P3T24 RM2397.95
Gred N27 P1T1 RM1204.55 – P1T26 RM3027.10
P2T1 RM1274.13 – P1T26 RM3213.25
P3T1 RM1346.73 – P1T26 RM3405.26
Kelayakan Lantikan Terus Ke Gred N17:
(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan dan lulus ujian masuk mengambil trengkas atau nota rintas
(note taking) dengan kederasan 20 p.s.m. daripada rencana dan menaip
salinan trengkas sederas 15 p.s.m. dengan kesalahan tidak melebihi 4%.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T2)
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan
komputer)
Kelayakan Lantikan Terus Ke Gred N27:
(b) (i) Diploma Sains Kesetiausahaan daripada politeknik-politeknik
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27:P1T1); atau
(ii) Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat daripada UiTM atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27: P1T5)
(c) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.
Syarat Lantikan Tambahan
(a) Mencapai Kepujian sekurang-kurangnya C6 dalam Bahasa Inggeris
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
8. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
Gred N17 P1T1 RM820.38 – P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 – P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 – P3T24 RM2397.95
Kelayakan:
(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan;
dan (b) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan
komputer dan/atau mengambil trengkas).
Syarat Lantikan Tambahan
(a) Mencapai Kepujian sekurang-kurangnya C6 dalam Bahasa Inggeris
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
9. PENYELIA ASRAMA
Gred N17 P1T1 RM820.38 – P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 – P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 – P3T24 RM2397.95
Kelayakan:
(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) pegawai-pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan
Penolong Jururawat atau perkhidmatan Pendidikan yang telah
disahkan dalam perkhidmatan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17:P1T6);
dan (b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan kecuali calon yang memiliki kelayakan di
perenggan (a) (ii) di atas.
Syarat Lantikan Tambahan
(a) Keutamaan kepada calon yang mempunyai sijil kemahiran dalam
bidang elektrik/perkayuan/housekeeping.
(b) Mempunyai pengalaman dalam bidang penyeliaan/pengurusan
stor/perkeranian.
(c) Sihat tubuh badan dan aktif dalam aktiviti kesukanan/persatuan.
(d) Mencapai Kepujian sekurang-kurangnya C6 dalam Bahasa Inggeris
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
10. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
Gred W17 P1T1 RM821.89 – P1T24 RM2152.86
P2T1 RM873.32 – P2T24 RM2274.01
P3T1 RM926.26 – P3T24 RM2399.46
Kelayakan:
(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik
atau Perdagangan atau Akaun pada peringkat peperiksaan
tersebut;
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia
peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17:P1T2); atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia
peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17:P1T5); atau
(iv) Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kirakira
yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik-politeknik
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17:P1T9);
dan (b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
11. PEMBANTU AM PEJABAT
Gred N1 P1T1 RM649.15 – P1T22 RM1506.79
P2T1 RM691.62 – P2T22 RM1583.49
P3T1 RM735.72 – P3T22 RM1661.82
Kelayakan:
(a) (i) berpelajaran di peringkat sekolah rendah bantuan penuh kerajaan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
dan
(ii) boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia
dengan memuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N1: P1T2)
PENETAPAN GAJI PERMULAAN
Gaji permulaan yang lebih tinggi pada P1 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa
Melantik UMP berasaskan pengalaman kerja atau kemahiran yang mana berkaitan.
SYARAT-SYARAT UMUM
Pemohon-pemohon yang memohon jawatan di atas adalah tertakluk kepada syaratsyarat
dalam skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan
yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
TARAF JAWATAN
UMP berhak melantik mana-mana warganegara Malaysia secara tetap, kontrak atau
sementara bagi mana-mana jawatan yang di atas.
CALON-CALON YANG MEROKOK TIDAK DIGALAKKAN MEMOHON
PERMOHONAN OLEH PEGAWAI YANG SEDANG BERKHIDMAT
Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau
Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua
Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Laporan Penilaian Prestasi
Tahunan tiga (3) tahun kebelakang, salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan
ulasan majikan sama ada menyokong atau tidak permohonan selaras dengan
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan
Perkhidmatan) 2005, Para 17.
UMUR PADA TARIKH TUTUP IKLAN
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan berumur kurang
dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara ON LINE dengan mengisi maklumat pemohon di
laman web rasmi UMP iaitu http://www.ump.edu.my. Calon diwajibkan mencetak
Surat Pengesahan Permohonan Online (Selepas tamat mengisi butiran
permohonan melalui web rasmi UMP). Sila hantar permohonan beserta dengan
salinan sijil akademik dan lain-lain dokumen yang telah disahkan ke alamat yang tertera
di bawah. Permohonan yang tidak dibuat secara ON LINE melalui laman web rasmi
UMP tidak akan dilayan.
PENDAFTAR,
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG,
LEBUHRAYA TUN RAZAK,
26300 GAMBANG, KUANTAN,
PAHANG DARUL MAKMUR.
(U/P : UNIT PERJAWATAN & CUTI BELAJAR)
CATATAN AM
a) Hanya permohonan yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk
temuduga.
b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh
tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
c) Pemohon yang pernah membuat permohonan pada iklan-iklan yang lalu
dinasihatkan mengemukakan semula permohonan jika masih berminat dan layak.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN:
Pada atau sebelum 21 Mac 2010

RSS Feed
Twitter
March 6th, 2010
r0b|n
Posted in
Tags: 





thanks sudah share jawatan kosong universiti ni..
kerja kosong“s last blog ..HELP University College Jobs Vacancies KL 2010
[Reply]