Jawatan Kosong Universiti Malaysia Pahang (UMP) (21 Mac 2010) Bil.2

PERJAWATAN BUKAN AKADEMIK (TEKNIKAL)

1. PEGAWAI SAINS
Gred C41 P1T1 RM1716.72 – P1T27 RM4716.86
P2T1 RM1812.73 – P2T27 RM4997.81
P3T1 RM1912.92 – P3T27 RM5285.98

Kelayakan:
(a) ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf
oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred C41:P1T3);
dan (b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.






Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Sains,
Juruteknologi Makmal Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat
Pergigian dan Juruteknologi Pergigian adalah layak dipertimbang oleh Pihak
Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke
jawatan Pegawai Sains Gred C41, tertakluk kepada kekosongan jawatan,
apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;
i) mempunyai kelayakan dalam perenggan (a) di atas; dan
ii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
2. PENOLONG JURUTERA
Gred J29 P1T1 RM1549.40 – P1T21 RM3046.80
P2T1 RM1620.49 – P2T21 RM3241.91
P3T1 RM1694.60 – P3T21 RM3430.90

Kelayakan:
(a) diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi- institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred J29:P1T2);
dan (b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Juruteknik bidang kejuruteraan
dan Pemeriksa Kereta Motor adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa
Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan
Penolong Jurutera Gred J29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila
telah disahkan dalam perkhidmatan dan;
i) mempunyai kelayakan di perenggan (a) di atas; atau
ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
iii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Syarat Lantikan Tambahan
Bagi jawatan yang ditawarkan di Jabatan Pembangunan & Pengurusan
Harta:
(a) Keutamaan kepada calon yang mempunyai kelulusan dalam bidang
Kejuruteraan Mekanikal.

3. PEMBANTU MAKMAL
Gred C17 P1T1 RM824.91 – P1T24 RM2155.88
P2T1 RM876.34 – P2T24 RM2277.03
P3T1 RM929.28 – P3T24 RM2402.48

Kelayakan:
(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan serta lulus dalam subjek Matematik atau salah satu
daripada subjek Sains pada peringkat peperiksaan tersebut;
dan (b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.

4. JURUTEKNIK KOMPUTER
Gred FT17 P1T1 RM843.06 – P1T26 RM2325.37
P2T1 RM896.00 – P2T26 RM2452.46
P3T1 RM950.45 – P3T26 RM2583.95

Kelayakan:
(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia serta lulus subjek elektrik atau elektronik
atau teknologi maklumat pada peringkat peperiksaan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT17:P1T1); atau
(ii) sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang
diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred FT17:P1T6); atau
(iii) sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf
oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred FT17:P1T9);
dan (b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.

Syarat Lantikan Tambahan
Bagi jawatan yang ditawarkan di Fakulti Sains Komputer & Kejuruteraan
Perisian:

Keutamaan kepada calon yang :
(a) mempunyai sijil-sijil profesional dalam bidang berkaitan.
(b) mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam bidang
sistem komputer.
(c) berpengalaman dalam baik pulih komputer, pemasangan perisian dan
aplikasi automasi pejabat diberi keutamaan.
(d) aktif sukan adalah digalakkan memohon.
Bagi jawatan yang ditawarkan di Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi:
Keutamaan kepada calon yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman:
(a) menyelenggara peralatan dan perisian komputer.
(b) Menyelenggara rangkaian komputer. Satu kelebihan jika memiliki
pengalaman mengendalikan fiber optik.
(c) dalam bidang audio dan visual.
(d) dalam menyelenggara peralatan telekomunikasi dan sistem telefon.

PENETAPAN GAJI PERMULAAN
Gaji permulaan yang lebih tinggi pada P1 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa
Melantik UMP berasaskan pengalaman kerja atau kemahiran yang mana berkaitan.

SYARAT-SYARAT UMUM
Pemohon-pemohon yang memohon jawatan di atas adalah tertakluk kepada syaratsyarat
dalam skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan
yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

TARAF JAWATAN
UMP berhak melantik mana-mana warganegara Malaysia secara tetap, kontrak atau
sementara bagi mana-mana jawatan yang di atas.

CALON-CALON YANG MEROKOK TIDAK DIGALAKKAN MEMOHON

PERMOHONAN OLEH PEGAWAI YANG SEDANG BERKHIDMAT
Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau
Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua
Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Laporan Penilaian Prestasi
Tahunan tiga (3) tahun kebelakang, salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan
ulasan majikan sama ada menyokong atau tidak permohonan selaras dengan
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan
Perkhidmatan) 2005, Para 17.

UMUR PADA TARIKH TUTUP IKLAN
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan berumur kurang
dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara ON LINE dengan mengisi maklumat pemohon di
laman web rasmi UMP iaitu http://www.ump.edu.my. Calon diwajibkan mencetak
Surat Pengesahan Permohonan Online (Selepas tamat mengisi butiran
permohonan melalui web rasmi UMP). Sila hantar permohonan beserta dengan
salinan sijil akademik dan lain-lain dokumen yang telah disahkan ke alamat yang tertera
di bawah. Permohonan yang tidak dibuat secara ON LINE melalui laman web rasmi
UMP tidak akan dilayan.

PENDAFTAR,
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG,
LEBUHRAYA TUN RAZAK,
26300 GAMBANG, KUANTAN,
PAHANG DARUL MAKMUR.
(U/P : UNIT PERJAWATAN &CUTI BELAJAR)

CATATAN AM
a) Hanya permohonan yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk
temuduga.
b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh
tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
c) Pemohon yang pernah membuat permohonan pada iklan-iklan yang lalu
dinasihatkan mengemukakan semula permohonan jika masih berminat dan layak.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN:
Pada atau sebelum 21 Mac 2010

Related Posts with Thumbnails
Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv Enabled

New Blackberry phones on sale | Thanks to New WordPress Themes, Best MLM and Registry Software