Juruterbang Terbunuh Pesawat Pilatus TUDM Terhempas Di UUM Sintok

PETALING JAYA: Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zulrihan Jusoh terbunuh apabila pesawat latihan jenis Pilatus PC-7 yang dipandunya terhempas di kawasan dekat kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok kira-kira jam 10 pagi ini.

Menurut jurucakap TUDM, mayat juruterbang itu telah ditemui dan dikeluarkan dari lokasi kejadian menggunakan helikopter TUDM.

Beliau mengesahkan bahawa ketika kejadian, hanya seorang juruterbang berada dalam pesawat itu yang berpangkalan di Kepala Batas, Alor Setar.

Sebelum itu, TNC UUM, Prof. Dr. Mustafa Ishak mengesahkan kejadian tersebut kepada mStar Online.

Beliau berkata, pesawat itu terlibat dengan pertunjukkan sempena pesta konvokesyen universiti berkenaan.





Berita akan menyusul lagi selepas ini…

info : Mstar

Related Posts with Thumbnails

You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Juruterbang Terbunuh Pesawat Pilatus TUDM Terhempas Di UUM Sintok”

  1. Natashae1 says:

    Al-Fatihah………………..

    [Reply]

  2. Piston Pecah says:

    takziah pada keluarga mangsa..

    pelik dengan keadaan seperti ini…mereka tak buat sebarang pemeriksaan atau pemeriksaan itu tidak lengkap sehingga kapal terbang itu boleh terhempas…
    .-= Piston Pecah´s last blog ..[Filem] Kamsah – V3 Samseng Jalanan =-.

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv badge

Powered by WordPress