Kelebihan Dan Khasiat Halba

Halba digunakan sebagai membantu penghadaman. Halba juga digunakan sebagai galactagogue (agen pengeluaran susu) oleh ibu yang menyusu untuk menambah susu yang kekurangan bekalan. Kajian telah menunjukkan halba adalah pemangkin pengeluaran susu ibu dan penggunaannya didapati meningkatkan pengeluaran susu sebanyak 900%.

Halba digunakan dalam masakan harian orang Melayu dan India.

Jika tidak digunakan dalam masakan, Cara mengambilnya ialah ambil satu sudu teh halba ke dalam cawan atau gelas, masukkan air panas dan biarkan semalaman. Air halba diminum pada waktu pagi hanya sekali sehari. Jika hendak dimakan secara suplemen berkapsul, boleh dibeli di farmasi dengan nama Fenugreek atau HERBANA.

Rasulullah saw bersabda :

” Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas “

(Books of Sufi Healing m.s.58)

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yangsedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makanHalba dan Kurma Ajwa’. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.

Rasulullah saw kemudiannya bersabda :

” Gunakanlah Halba sebagai ubat”
( Qamus Al-Tibb Ahad Qodamah-Mesir)

KEGUNAAN Halba

1. Diminum sebagai teh untuk
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul

2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia

3. Untuk anak2 yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.

Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk.

Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.

Related Posts with Thumbnails

You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Kelebihan Dan Khasiat Halba”

  1. wazy says:

    info yang menarik bro,baru tahu apa itu halba serta khasiatnya.
    .-= wazy´s last blog ..Comment on Convert Genius v3.0 Release by wazy =-.

    [Reply]

  2. uncle says:

    uncle baru je tau apa kelebihan halba tu..terima kasih..good info utk dikongsi!
    uncle´s last [type] ..Peranan seksi dalam ramalan cuaca

    [Reply]

  3. sue says:

    saya share ye..bagus info ni.

    [Reply]

    daddyZilhan Reply:

    sila2.. ilmu untuk semua~

    [Reply]

  4. fara says:

    salam,nk tny la..klu kte mkn je 1sudu halba,xleh ke?kne rndam smlmn gak ke?

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv badge

Powered by WordPress