
Salam Semua…
Dalam entry kali ini.. saya cuma ingin bercerita dan berkongsi pendapat tentang permainan FARMVILLE di Laman Sosial Facebook.. Saya juga adalah salah seorang dari jutaan manusia didunia yang bermain FARMVILLE. Cuma apa yang saya cuba sentuh kali ini adalah tentang sambutan Valentine’s Day dan yang terbaru sambutan St Patrick’s Day. Seperti gambar diatas telah saya copy di Facebook tentang FARMVILLE yang akan mengenalkan beberapa benda dan bahan-bahan yang baru dalam permainan mereka sempena meraikan St. Patrick’s Day tersebut. Setelah membuat sedikit kajian di enjin carian GOOGLE beberapa maklumat telah berjaya saya kumpul untuk dikongsikan bersama rakan-rakan semua…
Berikut adalah beberapa maklumat mengenai St. Patrick dan sambutan Hari St. Patrick :-
St. Patrick adalah pendakwah Nasrani yang sangat sinonim dengan Ireland. Beliau bukanlah orang pertama yang datang untuk menyebarkan agama Nasrani di sini, kerana menurut sejarah, Pope Celestine di Rome telah menghantar St. Palladius pada tahun 431 sebagai Bishop pertama di sini. Kebanyakan sejarah menceritakan bahawa St. Patrick telah diculik dari Britain oleh lanun lalu dibawa ke Ireland untuk menjadi hamba (ada sumber yang menyatakan beliau menjadi penggembala kambing). Bagaimanapun beliau kemudian berjaya melarikan diri ke Perancis untuk mendalami agama Nasrani.
Pada tahun 432, beliau belayar ke Saul, County Down dan di situ beliau telah berjaya mengKristiankan seorang pemimpin tempatan (mungkin ketua kampung kot). Seterusnya beliau telah mengembara ke seluruh pulau Ireland ini dan berjaya meyakinkan puak Celtic yang lain akan kebenaran agama yang dibawanya.
Menurut lagenda, St. Patrick telah bertanggungjawab menghalau semua ular di sini ke dalam laut. Oleh yang demikian, Ireland tidak mempunyai haiwan ini.
17 Mac setiap tahun adalah hari memperingati kematian beliau.
Disini saya cuma terpanggil untuk meluahkan sesuatu yang sedang bermain dan berlegar di pemikiran saya.. Apakah hukum bagi kita Umat Islam yang turut sama dalam menyambut dan meraikan St. Patrick’s Day ini secara sedar atau tidak sedar!?? Apakah pula hukum bagi kita yang bermain FARMVILLE ini!?? Bagaimanakah pula dengan akidah kita??

RSS Feed
Twitter
March 5th, 2010
r0b|n
Posted in
Tags: 





sebab fikiran kau melayang ke situ sebab dah bertahun orang sekeliling kau tu bagitau kau umat Islam tu berbeza ngan umat lain.
HAKIKATNYA, SEMUA ORANG SAMA SAHAJA. TERNYATA KEBODOHAN YANG BEGITU JELAS TERSERLAH APABILA AGAMA-AGAMA YANG DIREKA OLEH MANUSIA SENDIRI MENYEBABKAN MANUSIA BERLAWAN SESAMA SENDIRI.
tolonglah sedar diri. bermain farmville, menyambut valentine’s day, semua tu tak ada apa2 maksud langsung melainkan hanya untuk “FUN”.
FAHAM?? FUN. yang kau boleh terfikir sampai ke umat Islam semua tu menunjukkan masyarakat kita jauh lagi dalam memahami fakta yang kita semua sama sahaja. manusia dah sini berjuta-juta-juta tahun la. agama baru bape ratus tahun. renungkanlah sendiri.
[Reply]