Posts Tagged ‘adab’

Adab-Adab Sebagai Seorang Muslim

Bersama ini dikirimkan santapan rohani yang banyak terdapat dalam blog-blog lain agar ia menjadi iktibar dan peringatan kepada kita.

1. Berusaha tidak bersendawa, menghindari makanan yang menyebabkan sendawa atau makanan yang membanyakkannya. Dan jika tidak dapat dihindari, bersendawalah dengan suara yang ringan, kemudian bacalah istighfar sesudah sendawa.

Daripada Abu Juhaifah katanya,”Aku memakan kepingan roti dan daging kemudian aku mendatangi nabi lalu aku sendawa. Beliau bersabda, pendekkan sendawamu kerana sesungguhnya orang yang paling lapar pada Hari kiamat kelak ialah orang yang paling kenyang di dunia.”

2. Memotong kuku tangan dan kaki sekali setiap minggu. Janganlah memanjangkannya walaupun sebahagian darinya kerana dikuatiri tersimpan najis dan perbuatan demikian menyerupai haiwan yang buruk.




(more…)

Adab ketika mendengar Azan

Mengapa lidah kelu disaat kematian? Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak diketahui. Marilah kita bersama-sama amati.

Mengapa orang yang dalam keadaan nazak, tidak dapat berkata apa-apa. Lidah kelu, keras dan hanya mimik muka yang menahan kesakitan ‘sakaratul maut’.

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: ” Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidah ketika maut menghampirinya.”

Ini dengan jelas menunjukkan kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan sedang berkumandang. Sebagai orang Islam, kita wajib menghormati azan.





(more…)

Related Posts with Thumbnails


Parse error: syntax error, unexpected ';', expecting T_STRING or T_VARIABLE or '$' in /home/zilhanco/public_html/wp-content/themes/DarkStyle/footer.php on line 3