Salam..
Sebagaimana dijanjikan pada entry sebelumnya… entry ini adalah berkenaan apakah yang dikatakan dengan prinsip JUS SOLI..
Jus soli kurang menjadi ingatan kepada kaum bukan Melayu lantaran ia tidak dijadikan mainan oleh pemimpin politik Melayu apabila hak istimewa Melayu dipertikai. Ini kerana kesopanan, toleransi, sikap menjaga hati yang begitu menebal dalam peradaban Melayu. Tetapi apabila isu hak istimewa Melayu cuba dibuang tanpa pembatalan prinsip jus soli yang mana kedua-duanya lahir bagi mengimbangkan sesebuah polemik genting, maka ianya mengundang ke arah negara ketika Malayan Union hendak ditubuhkan. Tiada siapa mahu melihat negara ini kembali kepada pentadbirannya seperti hari-hari pertama ia mendaulatkan perlembagaan tanpa hak istimewa Melayu dan tanpa prinsip jus soli. Ini bermakna kaum yang sebelum ini telah mempunyai kerakyatan, perlu berubah. Apakah mereka perlu memperbaharui pas kerja di negara ini atau pulang ke kampung halaman nenek moyang mereka untuk memulakan hidup baru di tanah asal mereka?. Orang Melayu juga tidak mahu untuk tiba-tiba menjadi mundur dengan kegiatan ekonomi, kembali kepada kehidupan sara diri dan lebih buruk apabila kepayahan mencetus perang saudara dan segalanya berlaku dengan kacau bilau.

September 3rd, 2010
daddyZilhan
Posted in
Tags:

