Posts Tagged ‘keluarga’

Kelahiran..

Salam semua.. Salam 1Malaysia..

Untuk N3 kali ini aku persembahkan permata hatiku yang telah melihat dunia pada 18/01/2010 jam 2.50petang di Kedah Medical Center.. Setelah berada selama 9 bulan dan beberapa hari didalam perut Mummynya.. Akhirnya Muhammad Mikaeel Zilhan bin Azril Hasrul telah selamat dilahirkan..

Lihatlah wajah yang persis Mummy dia juga ada serba sedikit seiras Daddy dia.. Wajah Putera Sulung Azril Hasrul & Siti Mahani.. Wajah yang menjadi kesayangan keluarga.. Wajah yang membuatkan perasaan rinduku membuak2 tatkala teringatkan tangisannya.. tatkala teringatkan renungannya padaku.. Xpe2.. Mikaeel tunggu yer.. Jumaat ni Daddy balik tau!!!!!

10 Antara Perkara Yang Suami Tidak Suka!!!!

Alam kehidupan berumahtangga seharusnya memang menjadi impian setiap pasangan didunia ini yang menginginkan hidup bersama pasangan yang dicintai hingga ke akhir hayatnya. Disamping dikurniakan zuriat-zuriat yang baik. Namun dalam mewujudkan suasana yang penuh dengan ketenangan, kehangatan, harmonis, belas kasihan, sayang menyanyangi, perihatin dalam segala hal rumahtangga merupakan sesuatu perkara yang penting kerana ia akan dapat menawan hati pasangan masing-masing.

Suami yang bertaqwa kepada Allah akan menganggap mahligai yang dibina merupakan satu ibadah kepada Allah s.w.t. Seperti contoh suami isteri haruslah memelihara bahtera kasih-sayang dengan cara saling pesan memesan antara satu sama lain demi menjamin keuntuhan rumahtangga yang bahagia. Sebagai suami isteri yang sah takala usia hubungan tersebut sudah mengjangkau puluhan tahun maka janganlah lupa untuk kita terus membajainya selalu sewaktu diawal perkahwinan dahulu..





(more…)

Related Posts with Thumbnails

Powered by WordPress