Posts Tagged ‘malaysia boleh’

Tahniah! Nicol Akhirnya Tawan Emas Sukan Komanwel

Kehebatan Datuk Nicole Ann David sememangnya tidak dapat dipertikai lagi. Ratu Squash kebanggaan kita ni semakin menyerlah dari hari ke sehari.

Juara dunia Datuk Nicol Ann David akhirnya merangkul pingat emas sulungnya dalam Sukan Komanwel selepas menewaskan musuh ketat Jenny Duncalf dari England pada perlawanan akhir skuasy wanita di sini Jumaat malam.

Selepas gagal pada edisi lepas di Melbourne, Australia, pada 2006, Nicol dengan mudah mengatasi Duncalf 11-3, 11-5, 11-7 untuk merangkul gelaran perseorangan itu di Kompleks Sukan Sri Fort di sini.

Nicol, 27, menunjukkan persembahan mantap dan bertenaga sepanjang perlawanan untuk merangkul satu-satunya gelaran yang tidak pernah dimenanginya sejak menjadi pemain profesional pada tahun 2000.

Pemain Austrlia Kasey Brown pula meraih pingat gangsa selepas pemain pilihan ketiga Alison Waters dari England menarik diri dari perlawanan menentukan tempat ketiga akibat kecederaan.

Malaysia Raja Lawak di Slovakia!???

UNGKAPAN ‘Tipah Tertipu Lagi’ sesuai ditujukan kepada skuad Harimau Muda A. Sama ada disedari atau tidak jurulatih atau pemain skuad bawah 21 tahun itu sebenarnya ‘dikenakan’ majikan sendiri iaitu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan misi ke Slovakia.

HARAPAN PALSU…skuad Harimau Muda A tertipu dengan sandiwara FAM. Saingan kompetitif Liga Satu Slovakia yang dibangga-banggakan FAM serta peminat bola sepak tempatan sebenarnya palsu semata-mata. Sebaliknya dua perlawanan diharungi Harimau Muda A setakat ini termasuk baki 12 perlawanan lagi bukannya perlawanan liga tetapi sekadar perlawanan persahabatan. Perkara ini terbongkar apabila Pengurus Komersil kelab Slovakia MFK Ruzomberok, Michal Mertinyak mengesahkan bahawa perlawanan antara kelabnya dengan Harimau Muda A Sabtu lalu adalah perlawanan persahabatan yang tidak memberi sebarang mata dalam liga sekali gus bercanggah dengan apa yang dijelaskan FAM kepada pihak media tempatan sebelum ini.




(more…)

Related Posts with Thumbnails

Powered by WordPress