Selamat Hari Lahir yang pertama buat anakku Muhammad Mikaeel Zilhan. Sungguh cepat masa berlalu.. rasanya baru semalam daddy menerima kehadiran Mikaeel ke dunia ini.. Pada hari ini 18 Januari 2011 maka genaplah usia Mikaeel satu tahun.. Alhamdulillah daddy dikurniakan oleh Allah seorang putera yang comel, bijak malah diusia kecilmu ini juga Mikaeel seakan-akan sudah pandai menjaga hati orang-orang disekeliling termasuklah daddy dan mummy.. Terima Kasih Mikaeel kerana menambahkan lagi keceriaan dan kebahagiaan dalam keluarga kita. Insyaallah.. daddy doakan Mikaeel akan menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat.. Kasih sayang dari daddy & mummy akan senantiasa bersama Mikaeel.
Selamat Hari Lahir Mikaeel ~~

January 18th, 2011
daddyZilhan 
Posted in
Tags:

