Posts Tagged ‘rasulullah’

KELEBIHAN BULAN SYAABAN

Syaaban adalah bulan Rasulullah s.a.w. Sabda Baginda yang bermaksud : “ Dinamakan dengan Syaaban ( berserak-serak ) itu adalah kerana didalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak “.
1. Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda.
2. Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambaNya.
3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari pada awal, pertengahan dan akhirnya maka Allah
akan menulis baginya pahala 70 orang nabi-nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan
akan menulis baginya pahala 70 orang nabi-nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika ia meninggal dunia pada tahun itu, ia akan mendapat pahala mati syahid.
4. Kelebihan malam nisfu syaaban pula ialah sesiapa yang bangun mendiri
kan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca al quran dan sebagainya, maka Allah akan membuka untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.
5. Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu Syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka kepada kedua ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan silaturrahim.

BERSAMALAH KITA MEMPERBANYAKAN AMAL DI BULAN YANG PENUH KEMULIAN DAN KEBERKATAN SERTA BEROLEH TAWARAN YANG HEBAT DARIPADA ALLAH SWT DAN TIDAK MUSTAHIL KITA TIDAK JUMPA LAGI SELEPAS INI . YA ALLAH BERKATILAH KAMI DI BULAN SYA`BAN DAN KETEMUKAN KAMI DENGAN BULAN RAMADHAN . AMIN




Rahsia Kaabah Yang Tidak Kita Ketahui

Zaman Nabi Muhammad s.a.w., di dalam Kaabah ada terdapat enam tiang yang dibina oleh Kaum Quraisy, tiang itu diguna untuk menyokong bumbungnya. Dua tiang sebelah kiri, satu tiang di sebelah kanan dan tiga tiang di sebelah belakang. Tiang-tiang itu adalah tiang kayu.

Selepas pembinaan yang dilakukan Sultan Murad, cuma terdapat tiga batang tiang kayu. Tiang-tiang itu terletak di bahagian tengah Kaabah, setiap satu batang bergaris pusat lebih kurang 1.5 meter. Berwarna merah kekuningan. Satu daripada tiang itu berbentuk bulat dan dua lagi berbentuk empat persegi.





(more…)

Related Posts with Thumbnails

Powered by WordPress